Tuesday, 2 December 2014

Iphone 6 berbaloikah?

Iphone 6 dan 6 Plus merupakan gadget yang terkini ditawarkan oleh syarikat Apple yang berpangkalan di California. Iphone 6 telah di pasarkan pada awal September yang lalu dan menunjukkan peningkatan penjualan Iphone meningkat lebih tinggi berbanding model terdahulu iaitu Iphone 5S.Walaupun sudah hampir 3 bulan IP6 & IP6 plus dilancarkan diluar negara, Malaysia baru sahaja menerima pasaran ini pada awal November yang lepas dan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, dan Digi berlumba-lumba untuk menawarkan produk dengan pelan internet yang ditawarkan.

Dengan pelancaran 2 model ini, Apple seolah-olah menunggu masa untuk memerangi pasaran android yang dilihat menguasai pasaran produk skrin bersaiz besar. Dengan ukuran 4.7 Inci membuatkan IP6 kelihatan tegap dan stabil dimana ianya adalah ukuran ideal untuk para pengguna, manakala Iphone 6 Plus dilihat model untuk bersaing dipasaran tablet. Iphone 6 & 6 Plus didatang dengan pilihan kapasiti memory yang boleh diiperoleh dengan saiz 16GB, 64GB, dan 128GB. Pilihan warna juga tetap sama dengan model sebelum ini iaitu emas, perak, dan hitam kelabu.Harga pasaran bagi 
Iphone 6 16GB adalah RM 2399, manakala bagi Iphone 6 Plus 16GB RM 2749.

Dengan penawaran harga yang tinggi, adakah berbaloi untuk mengeluarkan budget bagi memiliki model terbaru dari Apple ini. Hasil tinjauan GS, mendapati ramai pelanggan yang tidak kisah untuk mengeluarkan budget yang lebih demi menjadi yang terawal memiliki model ini. GS juga membuat sedikit penilitian terhadap ruangan jual beli online dimana model IPhone 5S mula dijual oleh pengguna untuk dijadikan modal bagi menaik taraf kepada Iphone 6.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga peminat yang kembali semula menggunakan Iphone 5s,hasil tinjauan GS mendapati rata-rata pelanggan menyatakan kerana mereka lebih selesa menggunakan model terdahulu kerana saiz yang lebih kecil dan mudah untuk diletakkan didalam poket. Bagi GS, Iphone 6 & Iphone plus adalah moedel terbaik yang dikeluarkan oleh Apple dimana skrin yang besar menjadi pilihan pengguna pada masa kini.



Iphone 6 Space Grey dan Putih

Monday, 1 December 2014

Htc One M8

Hari ini KAZ nak cerita pasal Htc One M8. Gadget ini menggunakan platform android. Terdapat juga Htc One M8 yang menggunakan windows, walaubagaimanpun HTC memaklumkan ianya terhad kepada pasaran Eropah sahaja. So, kalau nak beli memang kene duduk sana la memandangkan ianya menggunakan line khas kepada Verizon.Verizon nie macam maxis, celcom, digi dan lain-lain, cumanya ianya syarikat telco dipasaran eropah. Mcm KAZ memang minat HTC One M8 versi windows, tapi mimpi je la, huhu. Untuk harga pasaran bagi HTC One M8 ini bila KAZ semak harga dipasaran adalah sekitar RM 2199 untuk set original manakal AP Set sekitar RM 1700. Amcam, berbaloi tak dengan budget korang. Pada KAZ untuk membeli gadget yang kita minat tiada salah, tapi kene padan dengan pendapatan kita agar tidak terbeban. heheh. Ok lah, kat sini KAZ tunjuk gambar HTC One M8 kawan KAZ punya.

HTC One M8(Amber Gold)
HTC One M8 (Amber Gold)

HTC One M8 Kaler Grey. Sangat awesome!  

Untuk Spesifikasi talifon ini boleh dilihat di link ini.
http://www.gsmarena.com/htc_one_%28m8%29-6074.php

Tentang Saya

Assalammualaikum

Hari ini merupakan hari pertama saya "create" blog. Masih baru dan berjinak-jinak dalam penulisan. Ok lah, Nama saya Khairul Azhan Zinal, mempunya seorang isteri bernama Ayu wati dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada awal Ogos yang lepas. Sedikit gambar perkahwinan saya dibawah. Tapi full album tak dapat lagi.

   Gambar lepas akad nikah, alhamdulilah...
                                                 
Gambar outdoor katanya. cari sungai tak jumpa, tepi parit pun jadilah..
                           
Gambar bersanding, baju besar. huhu
Setakat ini sahaja yang ada, Sebab album full tak dapat lagi. Actually blog nie diwujudkan untuk saya kongsi berkaitan gadget-gadget terkini. Insyallah, next post saya, saya akan review pasal handset-handset terkini untuk dijadikan panduan oleh pembeli.