Tuesday, 2 December 2014

Iphone 6 berbaloikah?

Iphone 6 dan 6 Plus merupakan gadget yang terkini ditawarkan oleh syarikat Apple yang berpangkalan di California. Iphone 6 telah di pasarkan pada awal September yang lalu dan menunjukkan peningkatan penjualan Iphone meningkat lebih tinggi berbanding model terdahulu iaitu Iphone 5S.Walaupun sudah hampir 3 bulan IP6 & IP6 plus dilancarkan diluar negara, Malaysia baru sahaja menerima pasaran ini pada awal November yang lepas dan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, dan Digi berlumba-lumba untuk menawarkan produk dengan pelan internet yang ditawarkan.

Dengan pelancaran 2 model ini, Apple seolah-olah menunggu masa untuk memerangi pasaran android yang dilihat menguasai pasaran produk skrin bersaiz besar. Dengan ukuran 4.7 Inci membuatkan IP6 kelihatan tegap dan stabil dimana ianya adalah ukuran ideal untuk para pengguna, manakala Iphone 6 Plus dilihat model untuk bersaing dipasaran tablet. Iphone 6 & 6 Plus didatang dengan pilihan kapasiti memory yang boleh diiperoleh dengan saiz 16GB, 64GB, dan 128GB. Pilihan warna juga tetap sama dengan model sebelum ini iaitu emas, perak, dan hitam kelabu.Harga pasaran bagi 
Iphone 6 16GB adalah RM 2399, manakala bagi Iphone 6 Plus 16GB RM 2749.

Dengan penawaran harga yang tinggi, adakah berbaloi untuk mengeluarkan budget bagi memiliki model terbaru dari Apple ini. Hasil tinjauan GS, mendapati ramai pelanggan yang tidak kisah untuk mengeluarkan budget yang lebih demi menjadi yang terawal memiliki model ini. GS juga membuat sedikit penilitian terhadap ruangan jual beli online dimana model IPhone 5S mula dijual oleh pengguna untuk dijadikan modal bagi menaik taraf kepada Iphone 6.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga peminat yang kembali semula menggunakan Iphone 5s,hasil tinjauan GS mendapati rata-rata pelanggan menyatakan kerana mereka lebih selesa menggunakan model terdahulu kerana saiz yang lebih kecil dan mudah untuk diletakkan didalam poket. Bagi GS, Iphone 6 & Iphone plus adalah moedel terbaik yang dikeluarkan oleh Apple dimana skrin yang besar menjadi pilihan pengguna pada masa kini.



Iphone 6 Space Grey dan Putih

No comments:

Post a Comment